Search This Blog

Saturday, August 20, 2011

Cadangan Mengatasi Masalah Pencemaran Alam Sekitar di Taman Tasik Taiping

Masalah pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan pelbagai cara seperti berikut:

1. KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR
Pihak kerajaan terutamanya Majlis Perbandaran Taiping (MPT) hendaklah melancarkan Kempen Cintai Alam Sekitar melalui ceramah, aktiviti gotong-royong, risalah dan poster untuk memberi kesedaran kepada penduduk dan pelancong untuk menjaga alam sekitar. Kempen ini perlu dilaksanakan secara berterusan supaya penduduk dan pelancong tidak leka menjalankan tanggungjawab mereka memelihara dan memuluhara alam sekitar.

2. PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM
Penggunaan petrol tanpa plumbum sangat berkesan untuk mengurangkan asap hitam daripada kenderaan. Contoh petrol tanpa plumbum ialah RON 95. Kesannya udara lebih bersih kerana mengurangkan pembebasan karbon monoksida dan sulfur dioksid ke udara.

3. MEMBERSIHKAN AIR DENGAN "MUD BALLS"
Air tasik yang tercemar boleh dibersihkan dengan cara mesra alam jika menggunakan bebola lumpur ("mud ball"). "Effective Microbes" dalam bebola lumpur akan bertindak untuk membersihkan air. Cara mesra alam ini juga tidak akan menjejaskan hidupan akuatik dalam tasik.

4. PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Pendidikan alam sekitar juga dapat mengatasi pencemaran alam sekitar. Pendidikan alam sekitar telah diterapkan melalui Kajian Tempatan di sekolah rendah dan subjek Geografi dan Sains di sekolah menengah. Selain itu, di Institut Pengajian Tinggi terdapat kursus yang memerlukan pelajarnya membuat kajian tentang pencemaran alam sekitar. Kesannya, masyarakat dapat diberi kesedaran sejak kecil lagi supaya menjaga alam sekitar.

Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Taman Tasik Taiping

Pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran udara dan air yang berlaku di kawasan kajian telah menyebabkan pelbagai kesan negatif seperti berikut:

1. UDARA TERCEMAR
Pencemaran udara menyebabkan udara tercemar dengan benda asing iaitu gas karbon monoksida, gas sulfur dioksid dan asap. Udara yang bersih telah tercemar ada kalanya asap dapat dilihat dengan mata kasar. Udara yang tercemar ini menyebabkan penduduk rasa tidak selesa kerana menganggu pernafasan mereka.

2. SUHU MENINGKAT
Peningkatan gas-gas rumah hijau seperti gas karbon monoksida, sulfur dioksid dan nitrogen oksida menyebabkan suhu semakin meningkat. Suhu kawasan ini lebih tinggi berbanding suhu di kawasan berhampiran iaitu Kampung Pinang, Kamunting. Masalah bertambah kronik akibat pertambahan bangunan konkrit dan pengurangan tumbuhan hijau.

3.HUJAN ASID
Melalui temubual dengan ___ yang tinggal di Taman Tasik Permai, beliau menghadapi masalah cat kereta dan rumah yang kerap luntur. Masalah ini berpunca daripada hujan asid yang kerap berlaku di kawsan kajian. Hal ini terjadi kerana gas karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera larut dalam air hujan dan membentuk hujan asid.

4. PENYAKIT
Melalui temubual dengan beberapa responden, mereka menyatakan penyakit yang disebabkan udara tercemar juga semakin meningkat. Contohnya penyakit asma, batuk dan selsema. Masalah ini berlaku kerana udara tidak bersih dan menganggu sistem pernafasan.

Saya selaku penduduk Taiping berasa bertanggungjawab untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Saya juga bersyukur kerana ramai penduduk prihatin untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di kawasan kajian yang merupakan satu aset penting kepada Taiping sebab ia adalah sebuah pusat pelancongan yang terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di rantau Asia Tenggara.

Saturday, July 9, 2011

Geografi Kerja Kursus Form 3-Hasil Kajian

Punca Pencemaran Alam Sekitar di Taman Tasik Taiping
Pencemaran Taman Tasik Taiping berpunca daripada:

  1. KENDERAAN
Melalui pemerhatian saya, saya dapati jumlah kenderaan semakin bertambah kerana kawasan perumahan, bilangan sekolah dan kegiatan ekonomi seperti perniagaan dan perhotelan semakin bertambah di sekeliling TTT. Bilangan kenderaan juga semakin bertambah kerana kuasa beli penduduk semakin tinggi dan kenderaan menjadi satu keperluan untuk pergi ke tempat kerja dan kawasan yang berhampiran. Melalui bancian yang saya telah jalankan pada____, saya telah mendapati bahawa sebanyak ____ buah kenderaan bermotor telah melalui kawasan TTT hanya dalam masa satu jam. Oleh itu, pertambahan jumlah asap yang dibebaskan ke udara semakin bertambah. Impaknya, udara yang bersih telah dicemari oleh karbon monoksida dan sulfur dioksida.


2.  PERNIAGAAN
Di kawasan kajian terdapat premis perniagaan seperti restoran. Premis ini menyalurkan terus air sisa seperti minyak dan air sabun ke dalam longkang seterusnya masuk ke dalam sistem saliran.

3.  SAMPAH SARAP
Melalui temu bual dengan ____dan ____, saya dapati bahawa masalah pencemaran alam sekitar berlaku kerana sistem penyelengaraan sampah sarap yang tidak sistematik. Sampah sarap terutamanya dibiarkan berlonggok menyebabkan keadaan menjadi kotor dan mengeluarkan bau yang sangat busuk dan meloyakan. Longgokan samaph yang terlalu lama menarik perhatian burung gagak, lalat dan anjing liar. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk merasa tidak selesa. Sila rujuk foto di lampiran...

4.  PELANCONGAN
Bilangan pelancong ke TTT semakin bertambah dengan bertambahnya kemudahan hotel seperti Hotel Flemington dan Hotel Seri Malaysia yang terletak di kawasan TTT. Selain itu, Perbandanan Pelancongan Taiping telah menaiktarafkan kemudahan di TTT dan Zoo Taiping. Ini telah menarik lebih ramai pelancong ke TTT. Mengikut Pengarah Zoo Taiping, En Kevin Lazarus, jumlah pelawat Zoo Taiping pada tahun___ adalah seramai ___ orang. Jumlah pelancong yang semakin meningkat ini menjadi penyumbang kepada pencemaran tanah dan air kerana pembuangan sampah sarap merata-rata. Ia juga telah menyumbang kepada pencemaran air kerana jumlah sisa buangan daripada hotel semakin meningkat.

Saya selaku penduduk Taiping berasa bersyukur kerana penduduk di kawasan kajian prihatin akan punca yang menyebabkan pencemaran alam. Saya juga bertanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada penduduk di kawasan kajian untuk lebih bertanggungjawab terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Monday, May 2, 2011

Kepupusan Hidupan Laut

Angkara manusia
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my





Habitat laut kian terancam

Persepsi tidak tepat terhadap laut menyebabkan ia menjadi tempat semua longgokan sampah dan sisa lain termasuk pembuangan minyak

MASALAH pembuangan sampah ke dalam laut sama ada akibat aktiviti yang dijalankan di kawasan marin atau di darat jika tidak ditangani segera boleh menjadi semakin serius dan berkemungkinan membawa kerosakan kepada sistem ekosistem batu karang dan laut di negara ini.

Jabatan Taman Laut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menjangkakan lebih banyak spesies akan mati jika isu pencemaran dan pembuangan sisa pepejal dalam laut tidak diatasi dengan segera.

Ketika ini, Malaysia mempunyai 42 peratus daripada 2,300 terumbu karang yang sihat dan 56 peratus lagi dalam kategori sederhana sihat.

Namun, kini, 20 peratus daripada 42 peratus terumbu karang yang sihat itu dicemari oleh pelbagai pencemaran seperti minyak dan sisa pepejal (pukat hanyut dan puntung rokok) yang dibuang di darat dan laut.


Aktivis alam sekitar melihat terumbu karang yang musnah akibat tumpahan minyak.

Jabatan itu menegaskan apabila terumbu karang mati maka ekosistem di sekelilingnya juga terancam dan berkemungkinan akan menghasilkan hasil laut yang tidak bermutu atau wujud kepupusan bagi sesetengah spesies.

Pensyarah Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Zelina Zaiton Ibrahim, berkata kesedaran awam mengenai pembuangan sisa pepejal di laut masih rendah walaupun kebanyakan faham kepentingan menjaga alam sekitar.

Ini berlaku kerana ramai yang tidak nampak kepentingan laut kepada manusia, lebih-lebih lagi laut itu dilihat luas dan jauh daripada pandangan mereka.

揔ebanyakan masyarakat menganggap laut luas dan jauh daripada kehidupan harian, maka laut itu boleh menjadi tempat pembuangan sampah yang paling sesuai. Tanggapan ini perlu diubah, jika tidak, dikhuatiri pada masa depan kawasan tadahan air akan tercemar,� katanya.



Usaha menyelamat Ikan paus yang ditemui terdampar di beting pasir di Kampung Kuala Nenasi, Pekan dilakukan oleh penduduk gagal, apabila ikan tersebut mati akibat terdapatnya plastik, tali dan pelbagai bahan buangan di dalam perut ikan paus tersebut setelah dibedah siasat.

Persepsi tidak tepat terhadap laut juga menyebabkan ia menjadi tempat semua longgokan sampah dan sisa lain termasuk pembuangan minyak.

Dalam kes hidupan laut mati akibat pencemaran air memang banyak dilaporkan, namun dalam kes paus tersesat dan terdampar di perairan negara ini di Kampung Kuala Nenasi, Pekan baru-baru ini, jarang berlaku.

Dilaporkan ikan itu mati kerana tercekik plastik dan tali nilon tetapi ada kemungkinan ikan berkenaan sebenarnya memang sakit akibat kualiti air yang rendah berbeza dengan habitat sebenarnya.

Dr Zelina Zaiton juga menyatakan saintis percaya apabila paus sesat atau dijumpai terdampar di perairan yang bukan habitatnya menunjukkan kualiti air rendah dan pergerakan arus sudah berubah.

揑kan paus biasanya tinggal di kawasan laut dalam dan dalam kes ini, kemungkinan ia sesat apabila arus air berubah akibat perubahan iklim dunia,� katanya.

Pensyarah Pengurusan Strategik Zon Pantai dan Maritim, Jabatan Pengurusan Alam Sekitar UPM, Laksamana Pertama (B) Prof Madya Dr Sutarji Kasmin, berkata sisa buangan enap cemar juga berisiko tinggi menyebabkan pencemaran kepada hidupan laut.

Kebiasaannya, sisa buangan enap cemar seperti minyak hitam dibuang oleh kapal dagang. Kawasan yang sering menerima akibat ini adalah laluan kapal dagang dan pelabuhan.

Di negara ini, laluan yang sering menjadi tempat pembuangan enap cemar adalah Selat Melaka kerana ia adalah laluan paling sibuk di dunia.

Mengikut maklumat Pusat Penyelaras Penguat Kuasa Maritim Kebangsaan, Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebanyak 144 kes pencemaran minyak laut dikenal pasti.

Daripada jumlah itu, 108 kes membabitkan pembuangan enap cemar dan 32 kapal didakwa di mahkamah tetapi hanya 14 saja didapati bersalah.

Difahamkan 15 pelabuhan yang ada di Malaysia menyediakan perkhidmatan kepada kapal dagangan membuang sisa minyak seperti minyak hitam, namun kos pembersihan yang dikenakan terlalu mahal yang memaksa kapal mengambil tindakan membuang sisa berkenaan di dalam laut secara haram.

Mengikut laporan Badan Penyelaras Laut Asia Timur (Cobsea), mendapati ada dua penyebab utama pembuangan sampah di laut di negara ini iaitu sisa buangan daripada kapal dan aktiviti di darat.

Pembuangan sampah daripada kapal ini berlaku akibat aktiviti yang dilakukan di laut. Selain kapal dagang dan bot menangkap ikan, pelabuhan dan loji minyak turut menyumbang kepada pencemaran dan pembuangan sisa pepejal dan cecair ke laut.

Sisa buangan daripada jeti minyak dan gas serta bahan buangan daripada kapal nelayan, bot rekreasi dan kegiatan memancing turut menyumbang kepada pembuangan sampah ke laut.

Setakat ini, Malaysia mempunyai 15 pelabuhan yang menyediakan kemudahan pembuangan sampah sarap daripada kapal yang mana sampah itu diuruskan oleh kontraktor yang dilantik mengendalikannya.

Aktiviti di daratan turut menyebabkan pencemaran laut terutama kawasan persisiran pantai atau pulau seperti Pulau Pinang dan Langkawi.

Sampah sarap daripada daratan dibawa ke laut melalui sungai dan terusan yang turut memberi kesan kemusnahan kepada pantai.

Kegiatan pelancongan dan rekreasi di sepanjang pantai peranginan menjadi antara penyumbang pembuangan sampah. Begitu juga pengurusan sampah di daratan yang tidak teratur turut menyebabkan ia mencemari laut.

Pembuangan sampah biasanya datang daripada kawasan perumahan, rekreasi, kemudahan awam, pusat komersial, kawasan industri, tempat pembuangan sampah dan aktiviti pertanian.

Maka, perlu ada amalan yang baik untuk pengurusan sampah dan cara pengendaliannya (pengumpulan, penghantaran, pengangkutan dan pengalihan, penghapusan dan penembusan sampah).

Pada masa ini, mengikut laporan itu, pengurusan sampah di Malaysia dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT). Kini Malaysia menyediakan Pelan Strategi Kebangsaan Pengurusan Sisa Pepejal yang mensasarkan mengurangkan sumber dan mencegah pembuangan sisa pepejal; mempelbagaikan lagi sistem pengurusan sampah menerusi kaedah kitar semula dan penggunaan semula, penukaran teknologi dan pengenalan kemudahan pembuangan sampah seperti insinerator dan sampah sebagai sumber tenaga baru.

Di Malaysia, kerja pembersihan sampah di pantai dilakukan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO), PBT, pertubuhan berkaitan marin dan pusat peranginan pantai termasuk hotel.

Cobsea mencadangkan Malaysia meningkatkan lagi aktiviti pembersihan pantai dan meningkatkan lagi kesedaran awam kepentingan menjaga alam sekitar selain mengurus dengan baik pembuangan sisa ke laut.

Ketiadaan data lengkap mengenai tahap kebersihan dan pencemaran menyukarkan usaha mengatasi masalah pembuangan sampah di Malaysia. Namun, secara keseluruhannya warga Malaysia sudah ada kesedaran mengenai masalah pembuangan sampah melalui siri kempen pembersihan pantai dan program kesedaran yang dilakukan berterusan.

Thursday, April 28, 2011

Konsep pencemaran alam sekitar



Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalahsuatuperbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) ± pengotoran alam ± perbuatan mencemarkankebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dariaktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana- mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan

Thursday, March 31, 2011

让你瞬间清醒的语录

1.对付虚伪的人,不是骂她,不是拆穿她,而是让她继续悲哀地虚伪着,然后装作什么也不知道。那么慢慢地,很多人会主动跑来告诉你她有多虚伪。 

2.对付自私的人,不是恨她,不是不理她,而是渐渐远离她,从心底远离她,然后装作什么都不知道。如果她去找别人,那么你会发现,很多人都远离了她。 

3.永远没有一个人是你离不开的,现在离不开的,不代表永远离不开。没有什么是你放弃不了的,你不放弃的可能会先放弃你也说不定。 

4.除了父母,没有什么人是不求回报的。恋人对你好是以爱情和谐为前提的,朋友对你好是以共同利益和消除寂寞为前提的。另外的人,就更不用说了。 

5.一个人生活虽然很难,但也必须学会一个人,不要轻易依赖别人。这是为了防止你身边的人都离开的时候,你还可以好好活下去。

 6.生病的时候,自己要重视自己,不能等着哪个谁来重视你。等到那时候,你会发现自己不管是身体还是心灵都已经很难受了。 

7.独自异地求学,要学着多和父母联系沟通,要学着多听长辈的话。要学着忍耐,没有什么是你忍不了的,别人再错,也犯不着拿别人的错误惩罚自己。 

8.别人和你说的话,不管出于什么初衷,能信但不能全信。但是,别人说的时候,尽量认真听,仔细回应,这是对人的尊重。 

9.不要轻易试探你的好朋友,要不你不是很失望,就是多了个“神经病+想太多”的帽子。 

10.不要轻易对人多愁善感,就算你是真的多愁善感。别人可能不能理解你的多愁善感,也没这个义务和责任。这样的话,你想的发泄就变成了自取其辱和加深痛苦。 

11.在任何状况下,不能玩弄别人,玩人必被人玩。你再有心眼,也不是最厉害的那个。 

12.不要去抢属于别人的利益,但也不能纵容别人抢自己的。这是原则。 

13.没有必要去嫉妒别人的成绩,人缘,地位,奖学金之类。 

原因有五:1,别人可能真的付出得比你多,只不过你没看到。2,这些东西只能带来一时的满足,而不是永久的满足,不要也罢。3,这里面有你玩不来的游戏规则,玩的来的人也都挺累的。4,你有不如人的,就一定有比别人好的,静待时机。5,不争抢这些,你的朋友会更多。 

14.能帮助别人的,尽量帮忙。不能帮的,别勉强自己。 

15.对于喜欢和你对着干的人,首先要客观的反省自己,改正自己,消除自己的原因。其次,看清楚她是多么幼稚,让她一个人不开心好了。

16.对于和自己生活习惯不同的人,把距离拉远一点,然后各自活各自的,不影响别人,也别要求别人改变。 

戀愛 12条

1.对待爱情,要客观的看。你们在一起,不一定要有一个目的和目标,未来是未知的。不要嚷着别人什么都对你负责。 

2.不要为了摆脱寂寞,轻易在一起,要对别人的真心负责,要让你的爱对得起良心。 

3.对待恋人要信任,要不就别把他当恋人。 

4。两个人谈恋爱的经费,最好共同承担,女生不该让男生一个人承担。毕竟他爱你,不是欠你的。这样,就算分开了,也不会因为钱的事尴尬。 

5.既然是因为爱在一起的,就认真经营这份感情,付出能付出的,结果不重要,善始善终。 

6.对于暗恋般的感情,没把握就别去捅破,时间久了,你就看淡了,成长了。 

7.你爱的人也是普通人,懂得原谅他们犯的错误,懂得接受他们指出你的缺点和不足。 

8。男生不要轻易说出与承诺有关的话,女生不要轻易做需要别人承诺或负责的事。学会在某种程度上,保护好自己。 

9.面对别人不素的表白,耐心的倾听,不接受但尽量少的伤害别人。 

10.即使爱的火热,也要给自己和对方一个空间,让你们看得清楚,活得自在。 

11.对恋人的父母长辈朋友,表现地敬重而虚心。这是一个有素质的人该做的。 

12.分了手,就别去打扰彼此的生活。见了面,不要苦大仇深,大方地笑一下也不会死。