Search This Blog

Saturday, August 20, 2011

Cadangan Mengatasi Masalah Pencemaran Alam Sekitar di Taman Tasik Taiping

Masalah pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan pelbagai cara seperti berikut:

1. KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR
Pihak kerajaan terutamanya Majlis Perbandaran Taiping (MPT) hendaklah melancarkan Kempen Cintai Alam Sekitar melalui ceramah, aktiviti gotong-royong, risalah dan poster untuk memberi kesedaran kepada penduduk dan pelancong untuk menjaga alam sekitar. Kempen ini perlu dilaksanakan secara berterusan supaya penduduk dan pelancong tidak leka menjalankan tanggungjawab mereka memelihara dan memuluhara alam sekitar.

2. PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM
Penggunaan petrol tanpa plumbum sangat berkesan untuk mengurangkan asap hitam daripada kenderaan. Contoh petrol tanpa plumbum ialah RON 95. Kesannya udara lebih bersih kerana mengurangkan pembebasan karbon monoksida dan sulfur dioksid ke udara.

3. MEMBERSIHKAN AIR DENGAN "MUD BALLS"
Air tasik yang tercemar boleh dibersihkan dengan cara mesra alam jika menggunakan bebola lumpur ("mud ball"). "Effective Microbes" dalam bebola lumpur akan bertindak untuk membersihkan air. Cara mesra alam ini juga tidak akan menjejaskan hidupan akuatik dalam tasik.

4. PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Pendidikan alam sekitar juga dapat mengatasi pencemaran alam sekitar. Pendidikan alam sekitar telah diterapkan melalui Kajian Tempatan di sekolah rendah dan subjek Geografi dan Sains di sekolah menengah. Selain itu, di Institut Pengajian Tinggi terdapat kursus yang memerlukan pelajarnya membuat kajian tentang pencemaran alam sekitar. Kesannya, masyarakat dapat diberi kesedaran sejak kecil lagi supaya menjaga alam sekitar.

Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Taman Tasik Taiping

Pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran udara dan air yang berlaku di kawasan kajian telah menyebabkan pelbagai kesan negatif seperti berikut:

1. UDARA TERCEMAR
Pencemaran udara menyebabkan udara tercemar dengan benda asing iaitu gas karbon monoksida, gas sulfur dioksid dan asap. Udara yang bersih telah tercemar ada kalanya asap dapat dilihat dengan mata kasar. Udara yang tercemar ini menyebabkan penduduk rasa tidak selesa kerana menganggu pernafasan mereka.

2. SUHU MENINGKAT
Peningkatan gas-gas rumah hijau seperti gas karbon monoksida, sulfur dioksid dan nitrogen oksida menyebabkan suhu semakin meningkat. Suhu kawasan ini lebih tinggi berbanding suhu di kawasan berhampiran iaitu Kampung Pinang, Kamunting. Masalah bertambah kronik akibat pertambahan bangunan konkrit dan pengurangan tumbuhan hijau.

3.HUJAN ASID
Melalui temubual dengan ___ yang tinggal di Taman Tasik Permai, beliau menghadapi masalah cat kereta dan rumah yang kerap luntur. Masalah ini berpunca daripada hujan asid yang kerap berlaku di kawsan kajian. Hal ini terjadi kerana gas karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera larut dalam air hujan dan membentuk hujan asid.

4. PENYAKIT
Melalui temubual dengan beberapa responden, mereka menyatakan penyakit yang disebabkan udara tercemar juga semakin meningkat. Contohnya penyakit asma, batuk dan selsema. Masalah ini berlaku kerana udara tidak bersih dan menganggu sistem pernafasan.

Saya selaku penduduk Taiping berasa bertanggungjawab untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Saya juga bersyukur kerana ramai penduduk prihatin untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di kawasan kajian yang merupakan satu aset penting kepada Taiping sebab ia adalah sebuah pusat pelancongan yang terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di rantau Asia Tenggara.