Punca Pencemaran Alam Sekitar di Taman Tasik Taiping
Pencemaran Taman Tasik Taiping berpunca daripada:
- KENDERAAN
Melalui pemerhatian saya, saya dapati jumlah kenderaan semakin bertambah kerana kawasan perumahan, bilangan sekolah dan kegiatan ekonomi seperti perniagaan dan perhotelan semakin bertambah di sekeliling TTT. Bilangan kenderaan juga semakin bertambah kerana kuasa beli penduduk semakin tinggi dan kenderaan menjadi satu keperluan untuk pergi ke tempat kerja dan kawasan yang berhampiran. Melalui bancian yang saya telah jalankan pada____, saya telah mendapati bahawa sebanyak ____ buah kenderaan bermotor telah melalui kawasan TTT hanya dalam masa satu jam. Oleh itu, pertambahan jumlah asap yang dibebaskan ke udara semakin bertambah. Impaknya, udara yang bersih telah dicemari oleh karbon monoksida dan sulfur dioksida.
2. PERNIAGAAN
Di kawasan kajian terdapat premis perniagaan seperti restoran. Premis ini menyalurkan terus air sisa seperti minyak dan air sabun ke dalam longkang seterusnya masuk ke dalam sistem saliran.
3. SAMPAH SARAP
Melalui temu bual dengan ____dan ____, saya dapati bahawa masalah pencemaran alam sekitar berlaku kerana sistem penyelengaraan sampah sarap yang tidak sistematik. Sampah sarap terutamanya dibiarkan berlonggok menyebabkan keadaan menjadi kotor dan mengeluarkan bau yang sangat busuk dan meloyakan. Longgokan samaph yang terlalu lama menarik perhatian burung gagak, lalat dan anjing liar. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk merasa tidak selesa. Sila rujuk foto di lampiran...
4. PELANCONGAN
Bilangan pelancong ke TTT semakin bertambah dengan bertambahnya kemudahan hotel seperti Hotel Flemington dan Hotel Seri Malaysia yang terletak di kawasan TTT. Selain itu, Perbandanan Pelancongan Taiping telah menaiktarafkan kemudahan di TTT dan Zoo Taiping. Ini telah menarik lebih ramai pelancong ke TTT. Mengikut Pengarah Zoo Taiping, En Kevin Lazarus, jumlah pelawat Zoo Taiping pada tahun___ adalah seramai ___ orang. Jumlah pelancong yang semakin meningkat ini menjadi penyumbang kepada pencemaran tanah dan air kerana pembuangan sampah sarap merata-rata. Ia juga telah menyumbang kepada pencemaran air kerana jumlah sisa buangan daripada hotel semakin meningkat.
Saya selaku penduduk Taiping berasa bersyukur kerana penduduk di kawasan kajian prihatin akan punca yang menyebabkan pencemaran alam. Saya juga bertanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada penduduk di kawasan kajian untuk lebih bertanggungjawab terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.
Best Casino City in Reno, NV - Mapyro
ReplyDeleteCasinos and Hotels near Casinos and Hotels in Reno, Nevada. See map. Casino City. 화성 출장안마 Casino City is the place for a great 제주 출장샵 night out, from 용인 출장마사지 the 서울특별 출장마사지 comfort of your own 정읍 출장마사지 home