Search This Blog

Saturday, August 20, 2011

Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Taman Tasik Taiping

Pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran udara dan air yang berlaku di kawasan kajian telah menyebabkan pelbagai kesan negatif seperti berikut:

1. UDARA TERCEMAR
Pencemaran udara menyebabkan udara tercemar dengan benda asing iaitu gas karbon monoksida, gas sulfur dioksid dan asap. Udara yang bersih telah tercemar ada kalanya asap dapat dilihat dengan mata kasar. Udara yang tercemar ini menyebabkan penduduk rasa tidak selesa kerana menganggu pernafasan mereka.

2. SUHU MENINGKAT
Peningkatan gas-gas rumah hijau seperti gas karbon monoksida, sulfur dioksid dan nitrogen oksida menyebabkan suhu semakin meningkat. Suhu kawasan ini lebih tinggi berbanding suhu di kawasan berhampiran iaitu Kampung Pinang, Kamunting. Masalah bertambah kronik akibat pertambahan bangunan konkrit dan pengurangan tumbuhan hijau.

3.HUJAN ASID
Melalui temubual dengan ___ yang tinggal di Taman Tasik Permai, beliau menghadapi masalah cat kereta dan rumah yang kerap luntur. Masalah ini berpunca daripada hujan asid yang kerap berlaku di kawsan kajian. Hal ini terjadi kerana gas karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera larut dalam air hujan dan membentuk hujan asid.

4. PENYAKIT
Melalui temubual dengan beberapa responden, mereka menyatakan penyakit yang disebabkan udara tercemar juga semakin meningkat. Contohnya penyakit asma, batuk dan selsema. Masalah ini berlaku kerana udara tidak bersih dan menganggu sistem pernafasan.

Saya selaku penduduk Taiping berasa bertanggungjawab untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Saya juga bersyukur kerana ramai penduduk prihatin untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di kawasan kajian yang merupakan satu aset penting kepada Taiping sebab ia adalah sebuah pusat pelancongan yang terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di rantau Asia Tenggara.

No comments:

Post a Comment